RSS

IPTV

21 Oct

IPTV (Televisyen Protokol Internet / Internet Protocol Television) ialah sejenis sistem yang mana satu perkhidmatan televisyen digital disampaikan menggunakan Protokol Internet merentasi sebuah prasarana rangkaian yang boleh merangkumi penyampaian melalui sambungan jalur lebar. Definisi am bagi IPTV ialah kandungan televisyen yang bukan disalurkan melalui format penyiaran dan kabel biasa, sebaliknya diterima oleh penonton melalui teknologi yang digunakan untuk rangkaian komputer.

Untuk pengguna perumahan, IPTV sering disediakan bersempena video atas permintaan dan boleh diikat dengan perkhidmatan Internet yang lain seperti capaian Web dan VoIP. Pengikatan komersial IPTV, VoIP dan capaian Internet dalam satu pakej dipanggil perkhidmatan “Triple Play” (jika ditambah dengan kemudahan mudah alih menjadi “Quadruple Play”). IPTV biasanya dibekalkan oleh penyedia perkhidmatan yang menggunakan prasarana rangkaian tertutup. Pendekatan rangkaian tertutup ini bersaing dengan penyampaian kandungan TV melalui Internet awam, iaitu Televisyen Internet. Dalam perniagaan pula, IPTV boleh digunakan untuk menyampaikan kandungan televisyen melalui LAN korporat.

Takrifan

Pada mulanya, timbul bermacam-macam takrifan IPTV, seperti penstriman asas melalui rangkaian IP, strim pengangkutan melalui rangkaian over IP networks dan bermacam-macam sistem proprietari. Takrifan rasmi yang diluluskan oleh kumpulan berfokus IPTV di Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU-T FG IPTV) adalah seperti berikut: “IPTV ditakrifkan sebagai perkhidmatan multimedia seperti televisyen/radio/audio/teks/grafik/data yang disampaikan melalui rangkaian berasaskan IP yang diuruskan untuk memberikan tahap mutu perkhidmatan dan pengalaman, keselamatan, keinteraktifan dan keutuhan yang dikehendaki.” (“IPTV is defined as multimedia services such as television/video/audio/text/graphics/data delivered over IP based networks managed to provide the required level of quality of service and experience, security, interactivity and reliability.”)

Protokol IPTV meliputi siaran televisyen langsung (multicasting) serta video storan (Video atas Permintaan [Video on Demand], VOD). Rakaman IPTV memerlukan sama ada sebuah komputer peribadi atau set-top box yang disambung pada TV. kandungan video biasanya dimampatkan dengan menggunakan sama ada codec MPEG-2 atau MPEG-4 dan kemudiannya dihantar dalam strim pengangkutan MPEG yang disampaikan melalui IP Multicast bagi siaran langsung atau melalui IP Unicast bagi Video atas Permintaan. IP Multicast ialah satu kaedah yang mana maklumat boleh dihantar ke banyak komputer pada masa yang sama. Codec (MPEG-4) H.264 yang terkini makin laris digunakan dan menggantikan codec MPEG-2.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/IPTV

 
Leave a comment

Posted by on 21/10/2011 in Computers and Internet

 

Tags: , , ,

Comments are closed.

 
%d bloggers like this: